Monday, 28 March 2016

Dorayaki

Assalamualaikum....

Sapa suka tengok cerita doraemon.. Mesti yang mana tengok tu memang tahu makanan kegemaran doraemon kan.. hehehehe... DORAYAKI.....

Kali ni nak share pasal kuih favourite doraemon ni....  Nanti yang mana teringin nak try boleh la try k.. Actually penkek la kan kuih ni cuma bezanya dorayaki ni letak inti.. Inti terpulang uolls nak letak apa... 


Anak2 sure suka la makan dorayaki ni mana dengan inti lagi.. Kalau anak-anak i inti fv dorang ni coklat la... memang xlepas la coklat tu dengan dorang.. Choc hazelnut memang heaven lah kan... 

Jom cikedout resepi yang cheq try


DORAYAKI
daridapuraida.blogspot.com

3 biji telur
125gm gula pasir
140gm tepung gandum - ayak
1/2 sudu teh baking powder - ayak
1/2 sudu teh esen vanilla

-Pukul telur dengan gula hingga kembang. aida guna whisk ja.. pukul dalam 5 minit.
-Masukkan tepung gandum dan baking powder sikit2 dan kacau guna spatula. 
- Rehatkan adunan sekejap selama 10 minit.
-Panaskan kuali non stick, api slow k, guna senduk bulat tu, cedok adunan n tuangkan atas pan tadi.
-Biarkan sehingga ada gelembung2 sebelah atas tu n adunan sedikit kuning
-Bila bahagian bawah dan masak, boleh terbalikkan dan masak seketika sahaja. Tak nak terbalikkan pon boleh kalau nak nampak bahagian dalam warna cerah.
- sejukkan kuih dorayaki kemudian boleh la letak inti kesukaan




selamat mencuba ye uolls....

Sunday, 27 March 2016

Bento #17 - - - Baymax bento , ayam kunyit, Nasi putih

Assalamualaikum....

Entri pasal bento lgi.. la maklumla banyak bento yang dah bersiaran tapi xhapdet lagi kat blog... Ampunnnn ya.. hahahaha.. cheq xsempat la nak hapdet.. cheq bz skit...

menu kali ni agak senang nak buatkan.. so tak perlu la nak bangun jam 4am tuk siapkan bento ni kan... Lagipun baymax agak senang nak bentukkan.. sebab simple je...


Untuk resepi ayam kunyit nanti aida updatekan kat entri lain ye... supaya tak keliru bercampur semua antara bento dengan resepi... cum yang mana tak sempat nak snap tutorial aida akan update sni je terus...


Kalau untuk baymax ni uolls boleh bulat2kan je.. Agak mudah nak buat baymax.. Tak perlu bahan yang banyak dan tak perlu buat bentuk2 yang susah. Cuma bentukkan sedikit bulat dan memanjang je tuk jadikan baymax ni...


Semoga korang mencuba apa yang dah aida kongsikan selama ni ye.. Jangan malas2 k...

Bento #16 - - - Nasi, ayam Masak Kicap

Assalamualaikum...

Mama dah mati akal dah nak buat bento apa untuk anak-anak.. Tnya dorang last2 bagitahu nak bawa ayam masak kicap je. So simple la anak.. Hahahahaha


Ayam masak kicap ada aida pernah update di facebook ye.. Tapi yang mana yang tak perasan boleh ja hampa tekan sini.... So boleh ambil situ cuma masak kat anak aida tak letak cili api la tu je... Kalau nk letak boleh tapi letak cam tu jela jangan ketuk atau hiris.. sian anak kang makan pedas.. But kalau anak uolls memang tahan ok la.. Senang keje sekali masak je hehehehe


Untuk telur love tu.. Orang jepun sebut tamagoyaki.... Actually telur dadar yang digulung berlapis2 hingga tebal... Bila2 nanti aida buat tutorial k... Kadang pepagi xsempat pon nak snap tutorial.. Rushing sebab time sangat limited...


So selamat mencuba ya mommies....

Tuesday, 22 March 2016

Bento #15 - - - Nasi Goreng Phineas & Perry...

Assalamualaikum....

Bersiaran kembali pasal bento kita hehehehe... sekadar pengkongsian ilmu yang tak seberapa ni... Bukan apa buat pandauan kawan2 yang nak mulakan berbento ni.. Bukan niat lain.... Insyaallah...


so hari ni saya buat nasi goreng telur... Nasi Goreng ni memang agak simple... Tuk budak2 yang penting sedap... Kadang pak budak pon dok request nak nasi goreng ni hahahaha... dah cam tu mama pon apa lagi hati senang hahahaha sebab benda senang nak buat kan.


Nasi Goreng Telur Phineas & Perry
daridapuraida.blogspot.com

1 mangkuk nasi (nasi semalam tau)
1 biji telur
2 ulas bawang putih - dadukan
3 ulas bawang merah
garam
lada sulah

Cara-cara
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Ketepikan sedikit kat tepi kuali tu
-Pecahkan telur dan biar telur mengeras sikit baru kacau.. so akan jd cam scramble egg la ye
- dah tu masukkan nasi.. Gaul rata... Perasakan dengan garam dan lada sulah...


Ha dah siap.. simple ja kan.. Tapi sedap tuh hehehehe... Aida tak buat Phineas and ferb... Sebabnya anak i izz danial tu nak perry xmo ferb... si kecik princess i dok minta buat bento dia si candas tu hahahaha.... jenuh la syg oi xkan nak bg satu je dah rumah pengasuh awak tu ramai budak.. sian yang lain karang.. Tggu mama ada masa boleh la buat banyak zara bawakan ye sayang... 

Selamat mencuba ye uolls

Monday, 21 March 2016

Bento #14 - - - Roti sardin The Simpsons

Assalamualaikum....

Bento hari ni aida bekalkan anak2 dengan roti je.. Roti berintikan sardin dihiasi dengan egg sheet bentuk simpsons. Adaptasi daripada cerita kartun The simpsons.


Tapi rasanya sekarang ni anak2 kita dah tak berapa nak kenal keluarga simpsons ni kan.. sebab dah jarang kita nampak ditayangkan kat tv. Ada pon maybe channel kartun astro.. Macam aida, xlanggan channel kartun so memang anak2 tak berapa nak alert la....




Toti Sardin The Simpsons
daridapuraida.blogspot.com

Roti
sardin
Bawang besar -dadukan
tomato - dadukan
cili padi - hiris nipis
mayonis
perahan air limau

- Gaul semua bahan hingga sebati.
-sapukan butter pada roti, kemudian lapiskan dengan inti sardin. Tangkup dengan roti satu lagi yang dah disapu butter.. siap

Untuk muka aida guna egg sheet. Mata daripada cheese dan seaweed... Rantai pon cheese. Mulut seaweed...


Selamat mencuba ye semua....

Bento #13 - - - Nasi Bola + Buttermilk Chicken

Assalamualaikum....

Apa khabar semuanya.... Harap2 semua sihat la kan... Semoga semuanya terus beristiqamah dalam menyediakan bekal tuk anak2 ke sekolah.. Insyaallah... Amin...



Sebenarnya berbento ni xsusah mana pon.. cuma perlu perancangan je pukul berapa nak bangun tuk siapkan.. Tapi bagi saya asalkan untuk keluarga saya insyaallah saya akan cuba untuk laksanakan sebaik mungkin. Semoga saya pon terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat suami dan anak2... amin...



Kali ni saya bekalkan anak dengan nai putih dan ayam butter milk... Tuk resepi ayam uolls blh tgok tang ni. Cuma tuk anak2 aida tak letakkan la banyak cili padi takut kang pedas pula dah sakit perut pula kan hehehehe... Ikut kesesuaian la cam na sebabnya anak i memang xmakan pedas.


Aida bekalkan juga dorang dengan buah anggur sebagai pencuci mulut. simple je kan mommies.. Selamat mencuba....

Sunday, 20 March 2016

Bento #12 - - - Nasi Ultraman + Ayam Goreng

Assalamualaikum...

Ha.... apa khabar uolls.... Hari ni kita nak fire fire hahahaha.... Bento ultraman tuk hari ni... Jadi tak hahahaha.... Ok la tu kan...


Menu hari ni pon sangat simple.. Anak nak bawa nasi putih denga ayam goreng tepung je.. Boleh cam tu hahahaha... Anak2 i ni memang jenis makan yang simple2.. Maklumla lidah xleh nak terima yang pedas2.. Tu la susah skit nak buat lauk tuk dorang.


Untuk mata, tanduk dengan mulut tu aida gunakan egg sheet ye mommies... Warna merah tu cuma letakkan sedikit pewarna makanan... kalau nak guna pewarna semulajadi pon boleh... cari ja makanan yang boleh bagi warna merah hehehehe...


Ok.... Lampu ultraman dah berkelip... hehehehe... out dulu...

Happy bentoing....