Sunday, 20 April 2014

CheeseKut

Assalamualaikum...

Siapa sini penggemar cheese.. Sila angkat tangan.. Mana ni tak nampak pon hehehehe... Ok rasanya xmo la sembang panjang lebar untuk entry hari ni.. Malas nak celoteh banyak.. Hehehehhe ok tak...


Ha nampak tak tu.... cheese ni tak buat berapa leleh sangat la.. tapi resepi yang sama.. cuma kalau nak leleh kena letak sedikit susu segar dalam 3 sudu.. baru la leleh hehehehe...

Jom kita tengok resepi nya ye.. Kali ni aida gunakan biskut cream crakers je.. Option lain korang boleh gunakan biskut marie ataupun biskut cheese.. Tapi biskut cheese mmg susah sikit la nak dapat.. Tapi hasilnya memang sedap giler la.. hehehehe


ha ni contoh salted cheese biscuits... gambar ehsan dr mr google..

Ok sekarang kita fokus pada resepi yang senang ni ek.. Aida buat gambar step by step.. Tapi ada satu bahagian lupa.. time celup biskut dalam susu.. maklumla tangan tengah basah malas nk pegang kamera.. Kang rosak kamera tu satu hal lagi.



Bahan-bahan
beberapa keping biskut cheese/marie/cream crackers
250 gm cream cheese (aida guna sama ada philaphedia / tatura)
1 tin susu pekat
sedikit perahan lemon (optional)
susu segar
serbuk milo/nestum atau apa2 saja yang korang nak letak



Mula - mula pukul cream cheese bersama susu pekat sehingga sebati. Bagi mengelakkan cheese berketul pukul cheese dahulu bila dah ok baru letak susu dan pukul lagi. letakkan sedikit perahan lemon jika mahu


Kemudian sediakan bekas... Celupkan biskut tadi ke dalam susu segar.. lalu disusun ke dalam bekas yang disediakan.. Seeloknya kalau biskut jenis 4 segi carilah bekas 4 segi juga.. senang nak susun biskut dalam tu... Kalau tak jenuh la nk kerat2 supaya biskut dapat disusun rata dalam tu..


Celupkan biskut dalam susu segar kemudian susun dalam bekas hingga menutupi semua ruang..



Dah susun biskut dalam bekas letak cheese atas biskut tersebut.. Penuhkan semua ruang



Susun semula biskut ke atas cheese yang dah disapu rata... Ulang proses hingga habis...




Last sekali tuk topping atas letak cheese n apa2 topping yang korang suka...







Macam aida buat dua topping... satu nesum satu lagi nestum dan milo....






kalau nak letak horlicks pun ok juga tu.. terpulang la kan yang mana korang suka boleh je letak.. asalkan masuk dengan tekak korang..






Ada lebihan sikit anak tak sabar nak makan tapi dia nak letak milo saja xnak nestum.. so buat sikit tuk dia ja...








Nampak tak tu lelehan cheese tuh... Perggghhhh memang mantopppp superb... Jangan lupa mencubanya ye..


Thursday, 17 April 2014

Ayam Coca Cola

Assalamualaikum warga bloggers....

Ha... Ada tak yang buat muka kerut2 baca tajuk resepi ni.. Mesti ada yang berfikir macam mana la rupa ayam coke ni kan..  Hahahahahaha




Saya dulu pun bila tahu mengenai resepi agak cuak sikit la.. Mana taknya coke tu kan minuman bergas.. tetiba pula nak jadikan bahan masakan.. Agak janggal sikit la bagi saya dan tak tahu apa rasa...

Tapi oleh kerna keinginan tuk merasai sendiri apa rasanya ayam coke ku gagahi juga la buat resepi ni..Dan hasilnya Masyaallah sedap sangat kot rasanya ayam ni...

Bagi korang yang rasa was-was pada permulaannya macam saya jangan kuatir jangan risau.. Lupakan perasaan itu sebab ayam ni memang terbaiklah.. Rasa dia seperti ayam madu.. Tapi rasanya lagi sedap kot hehehehe



RESEPI AYAM COKE

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 botol coke kecil
1 batang serai -  titik
2 batang cili api - hiris nipis
1 ulas bawang putih - cincang
2 sudu sos tiram
1/4 cawan sos kicap (aida guna kicap abc sebab pekat mantappp hehehehe)



Cara-cara
- letakkan sedikit minyak dalam non stick pan
- tumis bawang putih, cili dan serai sehingga naik bau
- kemudian masukkan ayam tadi.. susun la bagi sekata semua..
- masukkan air coke sehingga menutupi paras ayam tersebut
- tutup pan rebus naik
- apabila paras coke dan turun setengah masukkan sos tiram dan kicap pekat. Balik-balikkan ayam
- rebus lagi sehinga kuah benar-benar kering
- semasa kuah mulai mengering pastikan korang lebih alert la.. balik-balikkan ayam tu supaya xhangis satu bahagian dan juga kicap yang ada tersalut cantik je kat ayam tu..

dah siap and korang dah boleh ngap.. Aida kalau buat sekor ayam pun clear terus masakan ni.. Anak2 suka sangat meratah.. even kadang-kadang buat dengan nasi ayam.. sonang kerja makcik hahahaha... 


Selamat mencuba...

Tauhu Kukus Berinti


Assalamualaikum....

Menu apa korang hari ni... Ni throwback cerita semalam no... hehehehehe... Kisah tauhu.. Kalau orang penang dia xpanggil tauhu.. Depa panggil tokua... Hahahahaha.. Tergeliat lidah nak sebut..Hahahaha

Semalam selain masak nasi tuk makan malam buat tetiba terajin nak buat tauhu ni.  Bukan pa dah lama tak makan.. Dulu kalau malas boleh juga p makan kat Home 1 Borneo tapi sekarang kat Penang tak tau nak cari mana...


Ni saya share resepinya ye.. Normally orang buat guna daging ayam kisar.. Tapi saya tak brapa feel la kalau daging ayam.. Lebih suka daging lembu.. So ada kelainan sikit la resepi ni ye.. Tapi basic masih yang sama la..



TAUHU KUKUS BERINTI

Bahan-bahan
3 ketul tauhu keras
2 tiub tauhu telur
daging lembu kisar
2 biji telur
serbuk secukup rasa/ serbuk pati ayam
serbuk lada putih
carrot hiris nipis memanjang
daun bawang hiris.


Cara-cara
- Kisar semua bahan kecuali carrot dan daun bawang hingga hancur
- masukkan ke dalam loyang.
- campurkan carrot dan daun bawang dan gaul sebati
- kukus tauhu ini selama 20 minit.
- setelah masak potong tauhu ini ke dalam kepingan besar.. terpulang la nak buat bentuk apa.



Aida ada beberapa jenis masakan yang korang boleh cuba.. Yang dalam gambar ni aida buat celup tepung. Ok aida senaraikan dahulu ye cara mana yang korang boleh try...


1 - CELUP TEPUNG - boleh gunakan tepung beras dan sedikit tepung gandum.. Bancuh bersama air          jangan cair sangat jangan pekat.. ataupun boleh juga gunakan tepung serbaguna...

2 - CELUP TELUR - celupkan tauhu ke dalam telur yang dipukul ( buat mcm begedil) dan boleh                digoreng

3 - CELUP SERBUK ROTI - celup tauhu ke dalam telur yang dupukul kemudian celupkan pula ke              dalam serbuk roti.. Pastikan semua bahagian bersalut rata. Goreng guna api sederhana kerana serbuk      roti mudah hangus..

Bawah ni aida share kan step-by step dari gambar.. So uolls leh dapat gambaran la proses penghasilan tauhu kukus berinti ni...



pastikan tauhu telur ada ada pengesahan halal Jakim ye kawan2.. sebab ada yang konpius sebab banyak sangat tulisan cina hehehehe




















Selamat mencuba..
xoxo
Aida

Tuesday, 15 April 2014

Sos Keropok Lekor

Assalamualaikum...

hari ni saya nk story mory pasal sos keropok lekor.. Kalau nak buat keropok lekor tu ada resepinya tapi saya tak pernah try lagi.. So kena try dulu br blh bg resepi ye.. Bukan apa takut xjadi nanti xbest plak kan...

Ok so kita fokus pada sos keropok lekor.. Saya ada dus versi sos dia.. Tapi lebih kurang sama ja cuma resepi pertama ni ada bahan yang kurang.. Tapi rasanya memang dua-dua sedap.. so terpulang la pada uolls nak guna yang mana ye..



SOS KEROPOK LEKOR

Resepi Pertama

Bahan-bahan
5 tangkai cili kering + 5 tangkai cili hidup
Seulas bawang putih - ketuk hancur
Gula
Tepung jagung-dibancuh bersama air (agen pemekat)

cara-cara
- mesin kedua-dua cili tersebut
- masukkan dalam kuali dan letakkan bawang putih.
- masak cili sehingga masak kemudian masukkan gula sedikit untuk memberi rasa manis dan juga bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan...
- Selesai.


Resepi kedua

Bahan-bahan
5 tangkai cili hidup
2 ulas bawang putih
sos cili
gula
bancuhan tepung jagung jika perlu

Cara-cara
- mesin cili bersama bawang putih.
- masukkan dalam kuali dan masak cili tersebut
- masukkan sos cili dan sedikit gula..
- jika mahukan pekat lagi masukkan bancuhan tepng jagung.. Tapi aida just gunakan sos sahaja



selamat mencuba

Monday, 7 April 2014

Cream Caramel


Assalamualaikum...

Ni lagi satu resepi puding yang menjadi keutaamaan bagi kami sekeluarga.. Tambah2 husband saya.. suka sangat kot dengan cream caramel ni.. kalau buat seloyang habis kat dia ja..

Kalau saya buat normally akan kurangkan kemanisan dia.. Bukan apa dah la fav kalau dah selalu buat and makan manis2 nanti cepat ja import penyakit kan.. Nak kena kawal juga.. Dah la keturunan memang ada manis2 ni hehehehe



Cream Caramel

Bahan-Bahan
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji
1 tin susu manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
sedikit esen vanila
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara-cara
- Panaskan gula hingga menjadi cair.. Guna api slow k
- kalau nak senang masak terus dalam loyang
- Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.
- Masukkan telur ke atas gula hangus tadi (kalau boleh tapis supaya cantik kejadiannya nanti.
- Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.. Angkat dan sejukkan



Selamat mencuba....