Monday, 7 April 2014

Cream Caramel


Assalamualaikum...

Ni lagi satu resepi puding yang menjadi keutaamaan bagi kami sekeluarga.. Tambah2 husband saya.. suka sangat kot dengan cream caramel ni.. kalau buat seloyang habis kat dia ja..

Kalau saya buat normally akan kurangkan kemanisan dia.. Bukan apa dah la fav kalau dah selalu buat and makan manis2 nanti cepat ja import penyakit kan.. Nak kena kawal juga.. Dah la keturunan memang ada manis2 ni hehehehe



Cream Caramel

Bahan-Bahan
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji
1 tin susu manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
sedikit esen vanila
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara-cara
- Panaskan gula hingga menjadi cair.. Guna api slow k
- kalau nak senang masak terus dalam loyang
- Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.
- Masukkan telur ke atas gula hangus tadi (kalau boleh tapis supaya cantik kejadiannya nanti.
- Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.. Angkat dan sejukkan



Selamat mencuba....

No comments:

Post a comment