Monday 19 October 2015

Ayam Bakar Mayonis


Assalamualaikum....

Apa khabar uolls... Aida hrni kurang sihat sikit la.. Batuk menyerang huhuhu... Maklumla musim2 jerebu ni kan apa lagi.. Ni pon tahap ok lagi ni.. Jangan la jadi makin teruk.. Takut jangkit dengan anak2 ja nanti.. Kesian dorang kalau kena.. 

Keadaan kat negara jiran kita tak ok2 lagi malah makin teruk pula rasanya. So kita sini bila angin bawa memang kena la tempiasnya. Jenuh nak kepung anak2 la. Bis kecik2 lagi tak pandai lagi nak urus diri. Mask pon kadang pakai kadang tak...Nak beli face mask yang comel2 tu pon xtahu ada filter ke x.. Setakat tutup mulut je macam tak de fungsi juga kan... huhuhu



Ok la, meh kita story pasal entri kali ni pula.. Aida boleh dikatakan memang ayam ni adalah menu utama la dalam family. Sebab anak-anak memang suka makan ayam... husband pon layan.. Bab ikan kureng sikit la tapi seafood yang lain ok je.. Cuma hurmm bajet la kan kena modal banyak kalau seafood lain tu..


So memang akan mencuba pelbagai resepi mencipta pelbagai rasa untuk nak variasikan menu ayam ni.. sebab kalau menu yang sama naik jemu juga kot nak buat.. Memang boleh dikatakan macam mati akal pon ya juga nak pelbagaikan hidangan ayam ni hehehehe... Korang kalau ada menu yang best tag la i kat fb hehehehe


Ok sekarang kita tengok resepi.. Ramai yang dah mencuba and ramai yang dah bagi feedback yang bagus.. Alhamdulillah kalau uolls suka dengan resepi ni... Sama2 kita merasa kan... Sharing is caring.

AYAM BAKAR MAYO
Bahan2
10 ketul ayam
2 sudu mayonis
1 kiub ayam
3 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
sedikit lada hitam
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - tumbuk

Cara-cara
-Perap semua bahan selama 20 minit
-Bakar selama 20-30 minit pada suhu 180.

Bawah ni ada gambar step by step ye... Macam biasa la uolls







Ha nampak menarik tak.. Best kan... Cuma yang ni aida tak letak banyak lada hitam sebab tak nak buat pedas sangat nanti kesian kat anak-anak tak leh makan pula... Maklumla anak-anak i ni bukan lidah melayu hahahahaha... tak makan pedas... tak tau la ikut siapa.. so kalau uolls nak pedas lebihkan lah lada hitam tu k....



Selamat mencuba ya uolls....

2 comments: