Tuesday, 18 August 2015

Ayam Phat Phet.....

Assalamualaikum... 

Apa menu lauk korang hari ni ya.. Kalau ada yang best menu baru ke share2 la pulak dengan i.. iolls memang suka bab nk menerai resepi baru ni hehehehehe





Hari ni aida nak share satu resepi yang datangnya dari Thailand... sawadikap masuk kot pintu keluaq kot tingkap hahahahaha... dulu slalu kata lagu tu.. jahat no depa... hahahahaha Tak baek tau..



So kita tengok dulu resepi masakan thai ni no....

AYAM PHAT PHET
Bahan2
4 ketul ayam 
2 batang serai - kisar
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
10-15 batang cili padi - kisar
1 batang serai - titik
1-2 keping asam keping
garam
gula


Cara-Cara
- panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi.
-Kemudian masukkan air dan ayam. Masukkan juga asam keping
-Masak sehingga ayam masak sekata. Jika tak masak lagi boleh tambah air.
-Ayam boleh juga digoreng dahulu. Terpulang pada selera masing-masing
-Masak sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah memekat. Angkat dan sedia dihidang



So uolls jangan lupa cuba ye.. Sekali sekala cuba masakan dari negara lain pulak kan.. Pelbagaikan masakan supaya tak jemu... Betul tak hehehehe... 


Ok gurls... eh kompom ka gurls yang tengok.. Boys pon pandai gak masak kan hehehehe... Uolls try k.. Nanti bagi feed back kat i di ruangan komen k.. sama2 kita perbaiki masakan kita hehehehe

Bye... xoxo

No comments:

Post a Comment