Wednesday, 16 July 2014

Samperit

Assalamualaikum...

Hari ni dah 19 Ramadhan.. Kejap je masa berlalu.. Tup-tup dah nak raya.. Biskut raya pun buat kejap je nak habis.. Anak-anak suka makan.. buat je habis buat je habis.. Sampai tak larat nak buat dah


Kalau hari tu saya cerita pasal samperit susu ni nk cerita pasal samperit buasa pula.. samperit ni memang sedap.. Memang terbaik la.. Pendek kata orang cakap CAIR DI MULUT gitu rasanya.. Memang fav saya sekeluarga biskut samperit ni.




Ok kita tengok resepinya ye.. Sebenarnya samperit ni banyak versi.. Tapi ini yang saya paling suka la

SAMPERIT

Bahan-bahan
250 gm butter
50 gm gula icing
sedikit esen vanila
1/2 sudu kecil @ 1 sudu kecil plastik kuning telur
sepeket tepung kastard (300gm)
2 sudu besar tepung jagung


Cara-Cara.
- Campurkan butter dengan gula.Gaul sehingga sebati
- masukkan telur dan esen. gaul sebati
- Masukkan tepung.. bila dah jd doh boleh la picitkan jadi bunga..
- hiaskan samada dengan cherry atau manik atau boleh juga guna choc chip. Terpulang selera masing-masing



atau boleh juga guna resepi ni....

250 gm butter/mentega/marjerin
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan tepung gandum (agak2 cukup)

CARA
- pukul sebati butter dengan gula
- masukkan esen dan telur - pukul sebati (kalau nak letak pewarna kuning sikit pon boleh untuk cantikkan doh sebab bancuhan ni tak guna kastard
- masukkan tepung jagung - gaul sebati
-kemudian masukkan tepung ubi -  kacau rata
- masukkan tepung gandum sikit2 hingga cukup . Adunan biar lembut ya kawan2
- panaskan oven dan terapkan doh ke atas dulang pembakar..
- bakar pada suhu 150c- 160c selama 15-20 minit








saya bakar pada suhu 130 dalam 5 min setiap dulang. Kepanasan oven sebenarnya terpulang pada oven masing2.. sebab tahap kepanasan dia berbeza..

Selamat mencuba

Monday, 14 July 2014

Samperit Susu


Assalamualaikum... 

Sedar tak sedar dah 16 hari kita sebagai umat islam berpuasa.. Sekejap je masa berlalu.. Bila dah lama macam ni apa lagi musim buat kuih raya la.. Agak malas juga sebenarnya nak buat tapi bila anak dah request kesian pula kan kalau tak buat..



So untuk kuih yang pertama saya buat kuih samperit susu.. Kuih ni senang je nak buatnya sebab hanya guna 3 bahan je.. sangat2 simple..



Ok jom kita tengok bahan tuk samperit susu ni..

SAMPERIT SUSU

250 gm butter
1/2 tin susu pekat (aida guna tin yg 500gm)
600 gm tepung jagung




Cara-cara...

1- Gaulkan butter bersama susu sehingga sebati
2- Masukkan tepung sikit-sikit hingga mendapat doh yang lembut..
3- Terapkan ke dalam acuan samperit dan tekan atas dulang...





Untuk mendapatkan tone warna yang macam ni.. Saya bahagi doh kepada dua bahagian.. Satu bahagian aida warnakan dengan pewarna pink.. Lagi satu bahagian biar warna asal. Ambil sedikit kedua2dua warna dan gabungkan kedua-dua masukkan dalam acuan dan tekan.. simple je






Yang bestnya pasal resepi ni... dah la simple.. senang nak buat.. Cepat.. dan yang paling best bila bakar kuih ni tak kembang atau bunganya jatuh.. Kekal je macam masa sebelum bakar...



Ha ni pin selepas bakar.. Nampak kan.. sama ja bunga dia masih lagi elok... dah siap masuk balang.. smpan.. Ni pon banyak dah hilang dek budak2 tu.. Suka betol makan biskut raya


Bagi yang bertanya ni la acuan yang saya pakai.. Acua samperit tembaga pecah 15.. Acuan ni sekarang memang susah dah nak cari.. Tak banyak orang jual... dan dengar kata kat Alor star ada lagi..



Thursday, 3 July 2014

Ayam Masak Lada Hitam (Ayam Black Pepper)

ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni dah masuk bulan ramadhan.. Selalunya time-time puasa macam ni mesti sibuk mencari juadah apa yang nak dihidangkan pada keluarga kan.. sibuk la menggoogle bagai.. Hehehehe.. Tambah kalau di opis topik orang perempuan tak lari dari masakan.. Share2 resepi memasing.. Well, sharing is caring..


so sini aida nak share resepi ayam masak lada hitam atau lebih dikenali dengan panggilan ayam black pepper.. hahahaha.. nk omputih sat tapi rojak campur.. biasa la..Kalau buat ayam lada hitam ni aida suka gorengkan ayam tu dulu dengan tepung.. Baru feel

AYAM BLACK PEPPER
Bahan-Bahan

Ayam - potong kecik2 dan perap bersama lada hitam dan garam
sos tiram
kicap
lada hitam-tumbuk kasar
bawah besar - potong dadu / potong 6
bawang putih - cincang
lada benggala hijau
bancuhan tepung jagung

CARA-CARA
- salutkan ayam tadi bersama tepung kemudian goreng
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
- setelah itu masukkan sos tiram dan kicap dan sedikit air
- masukkan lada benggala tumis sehingga kuah mendidih
- kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan juga ayam yang telah digoreng tadi.
- sedia tuk dihidang


SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 2 July 2014

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum...

Dah berapa lama aida xupdate blog ni kan.. Buzy skit la.. Mana kerja lai man di rumah lagi.. Biasala kan itulah rutin seorang isteri dan juga ibu kan. Actually masakan ni pun dah lama dah saya buat cuma ni baru berkesempatan nak update di blog ni



Masakan ayam halia ni pun sebenarnya tergolong dalam makanan kesihatan juga la kan sebenarnya.. sebab halia kan bagus tuk kesihatan.. Ni bukan apa ni.. Kesnya sebab haritu aida lenguh badan.. dah berurut pun still lagi lenguh.. so teringat la nak buat ayam halia ni untuk keluarkan angin dalam badan ni..





AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (lebih kurang 600gm)-potong ikut suka
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris bulat dan leraikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang tuk hiasan.






CARA-CARA.

1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia. Perap selama 1 jam atau lebih.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. Kemudian masukkan ayam yang diperap.Masak sehingga air kering

3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan air dan biar mendidih

4. Bila ayam dah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah. Masak sehingga kuah agak pekat. Perasakan.







Ha so sapa2 yang angin banyak dalam badan tu boleh la try ayam masak halia ni.. Alhamdulillah banyak juga angin yang keluar dari badan.. Nak elok gigit skali ye halia-halia tu baru la berkesan.. Tapi memang sedap la resepi ni





Aida buat kuah banyak sikit sebab jenis tak reti makan nasi yang tak berkuah... Selamat mencuba uollssss