Monday, 7 April 2014

Puding Roti Pelangi


Assalamualaikum...

Rasanya kalau musim panas-panas ni ramai yang suka makan puding kan... Habuan sejukkan tekak.. Puding atau agar-agar ni terlalu banyak sebenarnya kalau nak buat.. Macam-macam jenis..



Puding roti ni boleh la korang buat kalau ada lebihan roti yang dah nyaris-nyaris nak expired dah tu.. Kadang beli sebuku tapi tak termakan pun.. So boleh la bt resepi ni...

Puding Roti Pelangi.

4 keping roti-carikkan
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
2 biji telur
8gm serbuk agar2 / setengah peket agar2 tali
3 1/2 cawan air
2 sudu besar planta / marjerin
2,3 titis pewarna - optional

-didihkan air, masukkan gula dan agar2.. rebus sehingga semua bahan hancur
-blend roti, susu pekat,susu cair dan telur
-masak agar2 dgn air & gula sampai hancur
-masuk bahan blend dlm agar2 tadi
-masuk mentega
-tutup api & bahagikan warna kesukaan
-marblekan dan sejukkan dlm peti ais
-sedia tuk dimakan


Puding Roti Pelangi ni memang sedap.. Tak rugi kalau korang nak cuba..



didihkan air dahulu



sediakan gula..





masukkan gula ke dalam air didihan



masukkan agar-agar tali.. didih hingga hancur





sementara itu blender kesemua bahan tadi sehingga halus...





Masukkan bahan blender tadi ke dalam didihan agar-agar tersebut




masukkan butter.. Masak sehingga pekat... Bahagikan dan warnakan mengikut citarasa masing-masing





Masukkan ke dalam loyang berselang seli...







Boleh lorekkan buat corak ataupun biar bulat2 macam tu pun boleh juga.. hehehehe ikut suka korang lah..









Selamat mencuba....

Yang ni lain2 corak lepas buat beberapa kali...



Sunday, 6 April 2014

Chicken Chop Black Pepper Sauce


Assalamualaikum...

Ada yang suka makan makanan western tak.. Saya memang suka sangat maskan western ni.. sebab tu la suka masak sendiri.. Bukan apa kalau makan kat luar tu kadang mehal sangat.. ada yang murah tapi tak berbaloi pula.. Tak sedap huhuhu

So nasib la ada chef tempat kerja lama saya sudi bg ilmu.. So saya guna resepi dia la dr dulu sampai sekarang.

First kita buat kentang putar aka mashed potato dulu ye

Mashed Potato




sediakan beberapa biji ubi kentang


Kupas semua kulit kentang tu ye..


Kemudian saya potongkan ubi tersebut menjadi kepingan kecil-kecil supaya kentang senang empuk


Rebus kentang tersebut sehingga empuk


Bila dah empuk toskan air dan lenyek kentang semasa masih panas...


Masukkan sedikit butter ke dalam kentang tadi


Masukkan juga susu segar secukupnya.. jangan terlalu banyak takut kentang jadi lembik.. Anggaran sahaja ye.. Dan masukkan juga sedikit lada sulah dan garam sebagai penambah perasa


Ok dah siap kentang putar kita...

Sekarang kita tengok pula penghasilan coleslaw

Coleslaw


sediakan kobis dan carrot...


Racik halus kobis dan juga carrot...


Satukan kedua-dua bahan ke dalam satu bekas


Masukkan mayonis dan juga sedikit susu segar...


Dah siap coleslaw kita.... Jom zoom benda lain pula... funfries korang beli la di supermarket dan goreng jelakan macam biasa



Dah siap kentang ni ketepikan dulu la.. Slalu saya goreng kentang last sebab tak nak kentang lembik.. tak feel makan nanti..

so kita buat ayam dulu..

Ayam


Sediakan ayam tanpa tulang.. Saya malas nk buang tulang paha ayam tu so saya beli je isi dada ayam.. cuma potong setengah supaya tak la tebal sangat bahagian tu..


Saya gunakan tepung gandum, beras dan jagung... sebatikan.. Celup isi ayam ke dalam telur dan kemudian ke dalam tepung...

Ada ketikanya saya gunakan serbuk roti.. So lagi rangup la ayam tu...


so dah sebati celupan tu goreng dalam minyak sederhana panas ye.. Jangan panas sangat nanti dalam tak masak..



Dah siap ketepikan... Jom kita buat sosnya pula.. Sosnya ni saya dapatkan basic sos tuk steak.. yang ni senang je just campurkan air je



Sos Lada Hitam

Bahan-bahan
Basic sos
Lada hitam
bawang putih- cincang
gula



cara-cara
- campurkan basic sos dengan air
- tumis dengan minyak sedikit saja okey.. tumis bawang putih hingga naik bau
- masukkan sos tadi kuatkan api..
- masukkan lada hitam dan gula..
- Bila kuah memekat dan boleh tutup api..

Dah siap kesemua hidangan.. dah boleh susun dalam pinggan untuk hidangan tersayang..



Done.. selamat mencuba..

Cheesy Wedges


Assalamualaikum...

Lapar tak.. Hehehehehe... cerita pasal makanan je kan kita sekarang ni.. Tak pe perkongsian ilmu tak rugi pun kan.. Saya bg ilmu saya dapat lagi banyak ilmu... Insyaallah..

Tapi kali ni saya share resepi yang ramai orang suka.. Kalau kat kfc tu punya ramai orang beli.. Padahal tak berbaloi sangat pun harganya tu.. Agak mahal la kalau diikutkan.. Siap kena tambah lagi duit kalau nak lebih.



Kentang

Beberapa biji kentang us
Serbuk lada sulah
Tepung jagung
Serbuk cili (optional kalau nak pedas)
Garam



Cara-cara
- potong ubi kepada bentuk wedges.
- gaul bersama semua bahan kecuali tepung perap seketika
- celupkan ke dalam tepung ratakan dan goreng

Agak-agak kalau malas nk buat sendiri beli je yang instant.. Banyak dah sekarang jual kat pasaraya..



Sos Cheesy....

Bahan-bahan

·                     3 sudu tepung gandum
·                     Setengah buku butter
·                     2 kiub pati ayam
·                     Sedikit serbuk perasa
·                     Sedikit lada putih
·                     Sedikit lada hitam
·                     12 keping cheese
·                     500 ml susu penuh krim
·                     Pewarna kuning

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.

2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul.

3. Lepas tu kacau sampai jadi halus

4. Masukkan cheese.

5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning.

6. Lepas tu tutup api.

Dah siapppppp


Moi @ Nasi Air



Assalamualaikum...

Moi sup aka Nasi air.. Mesti pernah dengar kan.. cuma proses penghasilan je la lain sikit.. Lain orang lain caranya.. Kalau nak diikutkan moi ni makanan keturnan family kami lah.. Memang dr kecik dah diajar makan ni..

Nenek berasala dari keturunan cina.. Jadi moi ni makanan biasala bagi orang cina.. Moi ni pun ada banyak versi sebenarnya.. Terpulang pada individu tu nak masak macam mana.. Tapi kalau kami xde la pula buat sup.. Just air dari sup sayur tu je..

Kalau ikut yang orang buat di kedai cuma nasi dengan sup then letak la telur masin n ayam yang dicarikkan.. Tul x.. Hehehe..

Ok jom kita tengok dulu Moi cara Aida family hehehehehe...



Bubur Nasi

Masak macam biasa seperti buat bubur nasi..



Kacang panjang tumis.

Kacang panjang - potong dalam 1 inci
Udang
Bawang putih
Perasa

cara-cara..

- tumiskan bawang putih kemudian masukkan udang tadi.. Tumis sehingga naik bau dan masak
- masukkan kacang panjang tadi dan perasakan.. Masak sehingga kacang layu sedikit.. Kalau saya suka yang rangup so saya tak kan tumis lama supaya kacang xlecur.



Sayur kangkung/ Bayam.

Bahan-bahan
Seikat sayur kangkung/bayam
Sedikit bawang putih
Udang
Perasa
Air

Cara-cara
-tumiskan bawang putih bersama udang sehingga naik bau
- masukkan sayur kangkung atau bayam
- masukkan air dan perasakan..
- dah layu semua sayur tu boleh tutup api



Lobak Masin Goreng

Bahan-bahan
Lobak masin - dipotong dadu dan dibasuh tuk hilangkan masin sedikit
telur

Cara-cara
- tumiskan lobak masin tu sehingga layu..
- pecahkan telur dan gaul bersama...



Terung Sambal

Bahan-bahan
- 1 biji terung - dibelah 4 dan potong nipis
- Cili kering mesin
- asam jawa
- bawang merah dan putih
- belacan
- perasa

Cara-cara
- Mesin cili kering bersama belacan.
- tumis bawang merah dan putih sehingga layu... Masukkan cili kisar tadi.. Tumis sehingga pecah minyak
- Masukkan air asam dan terung tadi.. tumis sehingga terung2 tersebut layu dan perasakan..


Sambal

Bahan-bahan
- Cili kering mesin
- asam jawa
- bawang merah
- belacan
- perasa

Cara-cara
- mesin kesemua bahan dengan air suam dan perasakan..

Bahan sampingan
telur masin
ikan masin

Dah siap kesemua bahan dia.. nyum-nyum.. all time favourite.. Sedap nih..