Sunday, 17 January 2016

Takoyaki

Assalamualaikum...

Apa khabar semua rakan2 blog... Hari ni nak update pasal takoyaki.. Singkatan panggil tako ja hahahaha... Ni antara my fav dish la.. Gile suka sangat.. first time makan dalam tahun 2007 rasanya. Masa tu di sabah.. Kat semenanjung sekrang ni ja baru dok kecoh.. Padahal kat sabah xheran dah hahahaha....



first time try terus melekat dish ni.. Memang xleh hilang.. Tak leh nampak langsung kalau nampak kompom nak kena beli. hahahaha so sekarang ni baru bpeluang buat sendiri n makan sendiri sepuas2nya.. hehehehe




jom kita tengok resepi tako ni... Actually ada dua resepi yang aida dah try.. so aida attach dua2 kat sini k.. Yang mana korang suka korang try la.. Ikut selera tekak memasing.

TAKOYAKI 
(RESEPI 1)
Bahan

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur (anggaran 120gm)
2 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ayam
3 sudu kecil kicap cair jepun/ kicap cair biasa

Cara
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
-Simpan dalam peti sejuk selama setengah jam

Bahan Inti
Octopus / sotong biasa / udang / isi ketam / sosej / isi ayam
daun bawang - hiris nipis
kobis bulat - cincang atau sagat

(RESEPI KEDUA)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
300ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur

cara-cara
-Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.. Biarkan setengah jam

BAHAN HIASAN
sos takoyaki (resepi di bawah)
Mayonis (Aida guna kewpie)
Bonito Flakes 
Ao-Nori (Seaweed Jepun)

SOS TAKOYAKI
(Resepi Pertama)

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

Cara
-Campurkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
-Kemudian kecilkan api dan reneh sampai pekat
-Sejukkan sos, kemudian tapiskan sos dan masukkan dlaam bekas mudah picit

*Kalau guna kicap cair biasa masukkan sedikit kicap pekat untuk warna yang lebih gelap. Kicap kikkoman atau kicap jepun ni orang kata tak halal. Kalau nak yang halal cari yang tulisan rumi.. Wallahuallam.

Sos Takoyaki (Resepi Kedua)
1 cawan sos tomato
1 cawan sos worcestershire
2 cm halia - diparut halus
1 ulas bawang putih - diparut/ tumbuk halus
1/4 cawan gula

Cara
- Masak kesemua atas api hingga sos pekat. Sejukkan dan tapis sebelum masukkan dalam botol

*Sos ni boleh bertahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais.

Bawah ni ada sikit tutorial bagi panduan uolls



aida guna udang sebab xbeli sotong


Masukkan tepung yang dibacuh dlm bekas cam ni supaya senang nanti nak picit masa masak


Panaskan dulu pan sebelum mula


Griskan pan dengan minyak


Masukkan 3/4 bancuhan tepung


Masukkan inti


Masukkan kobis


Masukkan lai sikit bancuhan tepung... Dah tu boleh start bulat2kan tepung tu


Ha nampak x.. Dah settle bulat2kan


Sambil2 percik2 kan minyak supaya tako kita masak cantik



Dah siap angkat tako tadi


Picitkan sos tako 


Picitkan mayo


Letakkan bonito flakes dan ao-nori


Yummy... Dah boleh makan






selamat mencuba ya.

2 comments: