Thursday 8 October 2015

Daging Masak HItam


Assalamualaikum....

Hari ni xdak benda nak update juga pon.. Hidup pon macam biasa.. Bz dengan kehidupan seharian.. Siang keje balik rumah settle hal di rumah pula.. Macam tu la kehidupan seorang isteri dan ibu bekerjaya kan.. 



Tapi xape.. tu semua berkat untuk anak2 dan suami.. Insyaallah ada ganjaran dari apa yang kita lakukan untuk keluarga.. Yang penting ikhlas dan buat semua tu kerana Allah.. Insyaallah berkat keluarga nak makan pon...




Hari ni nak masukkan entri pasal menu daging masak hitam.. Yang aida perasan la menu ni pon bnyk juga resepi dia.. Lain2 cara penyediaan. Maybe uolls boleh try semua resepi yang ada then tgok yang mana masuk tekak korang kan....



Yang aida nk share ni agak simple.. Kadang orang pon kalau nak cari resepi mesti nak yang simple n yang sedap kan... Setakat ni kalau menu yang ni memang husband hadap nasi xtoleh kiri kanan dah la hahahahahaha



DAGING MASAK HITAM 

Bahan2
daging
cili kering kisar
bawang merah
bawang putih
bawang besar - hiris
daun kari
kicap pekat manis

Cara2
- tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar...
- tumis hingga cili masak
- masukkan daging dan biar seketika.. nak letak air pun boleh tak nak pun tak pe sebab daging akan keluarkan jus dia sendiri. 
- Agak daging dah masak boleh lah masukkan kicap pekat, bawang besar hiris dan perasakan...





selamat mencuba ya uolls....

No comments:

Post a Comment