Thursday, 2 July 2015

Mini Pizza Homemade


Assalamualaikum....

Resepi favourite anak2 aida... Tak tahu la kenapa dorang ni suka sungguh makan pizza.. So kalau nak beli je slalu huishhhh... boleh bankrap owh hahahaha... Tapi tu la kesian bila anak minta kalau tak dapat nak tunaikan

Selalunya aida akan cuba tunaikan permintaan anak2.. Especially bab makan la.. Kalau mainan ke apa xjuga la.. Bis nanti kalau dimanjakan macam tu susah kita balik. Tapi kalau pasal makan memang akan cuba sedaya upaya tunaikan apa yang dorang nak makan.. Itu tabiat saya...


Kadang kita tak nak la anak kita kempunan kan nak dapat makan sesuatu.. Ajal maut kita tak tahu.. Bukan nk fikir yang bukan2 tapi cuma ingatkan diri sebelum menyesal di kemudian hari.. So kalau aida ni apa saja yang suami dan anak2 teringin nak makan aida akan cuba buatkan, adakan secepat yang mungkin.. 



Ha nampak x yis yang melimpah ruah tu hahahahaha... So bermakna yis ni yis aktif ye kawan2... Kadang2 tu aida letak je direct dengan tepung. tak rendam denan air dulu.. Tapi risiko la bila yis tak aktif rugi balik la tepung kita tu sebab doh tu xnaik sebab yis dah mati kan.. So yis sebenarnya memainkan peranan penting tau...

MINI PIZZA
Bahan2
1 kg tepung gandum
1 paket yis (serbuk)
2 sudu besar susu pekat
1 susu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar membukit marjerin
air secukupnya..

Cara2
- campurkan yis, air suam, gula ke dalam satu bekas kacau dan tunggu yis naik
- dalam bekas lain masukkan semua bahan kering (tepung + garam )
- buat lubang di tengah tepung masukkan yis dan gaul rata
- masukkan susu pekat dan air sedikit2 - uli hingga jai doh yang lembut...
- masukkan marjerin dan uli lagi sehingga lembut.
-rehatkan doh sehingga naik sekali ganda
-tutup bekas dengan tuala lembab
- bila doh dah naik tumbuk doh tersebut tuk buang angin dlm doh tu... then uli sat kemudian bentukkan..
- biarkan seketika sehingga doh naik sekali lagi
-bakar pada suhu 170 c selama 10-15 min atau sehingga doh masak...
-tahap ni kalau nk buat frozen boleh la.. just sejukkan doh sebelum masukkan dalam frezer.. nanti nak masak just keluarkan seketika letak topping n bakar...

TOPPING
sos tomato (boleh juga guna sos spaghetti prego)
sos cili
bawang besar - potong dadu
-sosej
-keju mozarella
-bawang putih (potong dadu) rendam dalam minyak masak

-sapu sos atas doh kemudian susun bahan lain.. last sekali tabur minyak bawang putih tu sikit.. then bakar hingga bahan td masak n keju mencair...

Actually kalau aida buat yang besar aida akan tmbahkan nenas, cendawan, capsicum, isi ayam +tomato, tomato... banyak lagi la.. Tapi dah yang ni mini n anak ja yang nak makan so i make it simple la ikut selera dorang...



















Selamat mencuba....
xoxo

No comments:

Post a Comment