Sunday 7 June 2015

Bingka Lemak Tanpa Telur....

Assalamualaikum....

Apa khabar uolls.. Hari ni aida nak share pasai bingka pulak.. Sebenarnya kan kalau sebelah utara ni weolls xpanggil bingka... weolls panggil bengkang. hehehehehe

Ada yang kerut2 muka ye baca hahahaha... no no no... Tu la indahnya bahasa kan hahaha.. Setiap negeri ada loghat memasing... Kan Kan ....



Bingka kali ni aida nk bg tanpa telur. Sebab kan kadang xsemua orang boleh makan telur. So sapa2 yang ala pada telur tu boleh la try resepi ni..

Insyaallah rasa keenakan bingka ni masih lagi sama. Tak ada jejas rasa tang mana2 pon uolls... Sedap mcm biasa juga.. Terlajak sedap lagi ada hehehehe... Jom layan resepi

BINGKA LEMAK TANPA TELUR

Bahan2
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (atau air + pandan paste)
1 tin susu cair
3 sudu besar mentega / marjerin - cairkan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau dan kuning (optional)
sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut... Atau boleh juga kisar dlm blender dan tapis

2. Tuang dalam loyang / acuan yang telah digris dengan mentega...

3. Tabur bijan di sebelah atas bancuhan td

4. Bakar sehingga bingka masak... Sejukkan sebelum dipotong.

Dah ready to eat... nyum nyum... Korang jangan lupa try tau....


No comments:

Post a Comment