Sunday, 7 June 2015

Ayam Percik

Assalamualaikum....

Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan.. Mesti ramai yang dah sibuk nk cari juadah berbuka... nak cari baju raya.... nak fikir nak masak apa hehehehehe

So yang mana ketandusan idea boleh la skodeng2 blog2 masak ni kan.. Try sebanyak mungkin resepi yang ada.. Tak la jemu sangat kan.. Pelbagaikan juadah memasak...

Yang best lagi buat banyak2 then bertukar2 menu dengan jiran... Berkat sikit kan hehehe



Jom hari ni kita cuba buat ayam percik... Ayam percik ni pun banyak versi sebenarnya kan... Ada yang pedas ada yang manis ada yang putih

Aida kalau ikutkan suka ayam percik kelantan.. Yang kuah putih.. Memang best.. Nanti aida share kan yang kuah putih ye. Sekarang kita layan dulu kuah pedas ni..

Ayam Percik
2 ekor ayam
500 gm bawang besar
50 gm halia - blend
50 gm lengkuas - blend
50 gm bawang putih - blend
5 batang serai - blend
2 cawan gula
3 sudu serbuk pati ayam
5 senduk cili kisar
5 senduk cili sos
1/2 kg santan

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan dimasak hingga mendidih

2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak

3. Asingkan ayam dan bakar ayam tersebut dalam oven. Kuah yang selebihnya simpan untuk dicurahkan pada ayam semasa proses membakar dan lepas masak nanti.

4. Bakar hingga ayam masak. Bila dah masak tuangkan lebihan kuah tadi.. Sedia dihidangkan

Simple ja kan resepi ni.. So boleh la uolls try nanti ye.. Kalau rajin leh bg feed back pada saya nanti ye.. tq

No comments:

Post a Comment