Assalamualaikum...
Hari tu kan aida p makan kat satu restoren ni.. Order la ayam butter dia.. Skali tu alahai.. Fail terus nak makan... Dah la tak sedap.. Kuah cream dia tu berketul2 plak... Hurm.. Macam first time try pon ya juga
Rasa ralat sangat kot makan kedai bayaq mahai2 skali dapat cam tu huhuhu... Tapi nak buat cam na dh order.. Malas la nak p bising sebab makanan kan.. Len kali xorder dah la....
Saja la kan nk rasa.. Aida kadang ada certain time tu even tahu nak masak benda tu tapi still nak rasa yang orang len masak.. Tu yang kadang mengada suh orang len masak hahaha.. Sebab lain orang lain rasa dia kan.. Ikut air tangan orang cakap
Tapi kalau nk dibandingkan yang creamy ni dengan yang kering aida lebih suka yang kering.. Sebab yang kering hadap banyak pon ok.. Yang creamy ni muak skit la sebab yela kuah susu kan...
Ok so today aida kongsikan dengan uolls cara2 nak buat butter chicken creamy style... Kalau yang kering aida pernah kongsikan juga dulu.. kalau nak tengok klik SINI..
Bahan-bahan (creamy)
1 sudu butter
1/2 tin susu cair
2 tangkai daun kari-dilurut
4 biji cili api
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit garam
sedikit bancuhan tepung jagung
Cara-cara
- panaskan butter. Tumis bawang,daun kari dan cili api sehingga naik bau
- masukkan susu cair dan biar mendidih
- apabila sos telah mendidih masukkan garam gaul sebati.
-kemudian tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung dan tutup api..
1 sudu butter
1/2 tin susu cair
2 tangkai daun kari-dilurut
4 biji cili api
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit garam
sedikit bancuhan tepung jagung
Cara-cara
- panaskan butter. Tumis bawang,daun kari dan cili api sehingga naik bau
- masukkan susu cair dan biar mendidih
- apabila sos telah mendidih masukkan garam gaul sebati.
-kemudian tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung dan tutup api..
Okies uolls.... selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment