Assalamualaikum....
Menu apa korang hari ni... Ni throwback cerita semalam no... hehehehehe... Kisah tauhu.. Kalau orang penang dia xpanggil tauhu.. Depa panggil tokua... Hahahahaha.. Tergeliat lidah nak sebut..Hahahaha
Semalam selain masak nasi tuk makan malam buat tetiba terajin nak buat tauhu ni. Bukan pa dah lama tak makan.. Dulu kalau malas boleh juga p makan kat Home 1 Borneo tapi sekarang kat Penang tak tau nak cari mana...
Ni saya share resepinya ye.. Normally orang buat guna daging ayam kisar.. Tapi saya tak brapa feel la kalau daging ayam.. Lebih suka daging lembu.. So ada kelainan sikit la resepi ni ye.. Tapi basic masih yang sama la..
TAUHU KUKUS BERINTI
Bahan-bahan
3 ketul tauhu keras
2 tiub tauhu telur
daging lembu kisar
2 biji telur
serbuk secukup rasa/ serbuk pati ayam
serbuk lada putih
carrot hiris nipis memanjang
daun bawang hiris.
Cara-cara
- Kisar semua bahan kecuali carrot dan daun bawang hingga hancur
- masukkan ke dalam loyang.
- campurkan carrot dan daun bawang dan gaul sebati
- kukus tauhu ini selama 20 minit.
- setelah masak potong tauhu ini ke dalam kepingan besar.. terpulang la nak buat bentuk apa.
Aida ada beberapa jenis masakan yang korang boleh cuba.. Yang dalam gambar ni aida buat celup tepung. Ok aida senaraikan dahulu ye cara mana yang korang boleh try...
1 - CELUP TEPUNG - boleh gunakan tepung beras dan sedikit tepung gandum.. Bancuh bersama air jangan cair sangat jangan pekat.. ataupun boleh juga gunakan tepung serbaguna...
2 - CELUP TELUR - celupkan tauhu ke dalam telur yang dipukul ( buat mcm begedil) dan boleh digoreng
3 - CELUP SERBUK ROTI - celup tauhu ke dalam telur yang dupukul kemudian celupkan pula ke dalam serbuk roti.. Pastikan semua bahagian bersalut rata. Goreng guna api sederhana kerana serbuk roti mudah hangus..
Bawah ni aida share kan step-by step dari gambar.. So uolls leh dapat gambaran la proses penghasilan tauhu kukus berinti ni...
pastikan tauhu telur ada ada pengesahan halal Jakim ye kawan2.. sebab ada yang konpius sebab banyak sangat tulisan cina hehehehe |
Selamat mencuba..
xoxo
Aida
No comments:
Post a Comment