Tuesday 8 September 2015

Qasidah....


Assalamualaikum....

Hari ni cuaca sejuk ja kat Penang ni.. Dari pagi td hujan sampai la ke tengahri ni.. Nasib baik la kerja.. Kalau x memang dah tarik selimut dah.. Hehehehehe

Ada x yang pernah dengar kuih qasidah ni.. Actually aida pon xpernah buat n xpernah rasa.. Tapi en suami suka sangat kot kuih ni.. Asyik dok mengidam ja.. Bila dah berlagu banyak kali sangat i pon cari la resepi kuih ni....


Takut juga kalau2 tak jadi.. rugi ja seloyang hahahahaha... Malas pula nak bahagi buat sikit lagipun xdak loyang kecik.. So belasah ja buat seloyang besaq...

Tapi en hubby kata sedap.. Sama rasa dia.. so lulus la kan.. Ha dah dok minta sangat makan la puas2 seloyang i buatkan tuk hubby tercinta hahahahaha..  Jom sapa2 yang nak try boleh cuba resepi ni no...


KUIH QASIDAH
Bahan2
5 ulas bawang merah
minyak tuk menggoreng

- tumis bawang hingga kekuning-kuningan. Asingkan. Minyak jangan buang ye sebab nak tabur sikit atas kuih nanti

1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
secubit garam

- campurkan kesemua bahan, Masak atas api perlahan
- Campurkan sedikit sahaja minyak bawang goreng tadi.
- Masak sehingga bancuhan pekat dan berkilat. Kiranya sampai bancuhan ni letup2...
-Apabila dah pekat tutup api.
- Sapu keliling loyang dengan minyak bawang tadi. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan lebihan minyak goreng tadi ke permukaan kuih.
- Biarkan sejuk


Qasidah ni belah utara memang terkenal la.. Kalau belah lain tu aida pon xsure la korang pernah tahu x pasal kuih ni.. So sapa yang nak cuba tu boleh la try.. Nanti roger2 no.. Chow...

Sunday 6 September 2015

Udang Masak Mamak Aida Style

Assalamualaikum...

Hari ni kita try masakan mamak mau dak hahahaha.... Tapi kan xla rasa sama macam kedai nasi kandaq nu.. sebabnya kedai nasi kandaq tu depa pakai rempah giling sendiri bikin punya.. Kita ni main beli ja babas brand hahahahaha



So nak dapatkan rasa yang sama macam kedai nasi kandar agak mustahil la no... Just seakan2 tu kira boleh gagah la kan hehehe


Menu ni menjadi kesukaan juga buat kami sekeluarga sebab rasa lain skit la dari kari udang.. Nak tau apa yang best memang hampa kena try sendiri la baru leh tau macam mana rasa dia kan...



UDANG MASAK MAMAK
Bahan
Bawang besar - hiris
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
halia - hiris
cili merah - hiris
biji sawi
rempah kari
tairu
garam,gula









Cara-cara
- panaskan minyak, tumis biji sawi dan semua bahan hiris hingga layu dan wangi
- kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
- masukkan tairu dan bawang besar
(tairu ni boleh beli kat kedai rempah. Tapi kalau tak ada blh je buat sendiri kat rumah. Campur susu pekat manis dengan air limau. kacau sebati dan biar seketika)
- Masukkan udang dan tumis hingga kering.
-Perasakan dan boleh la dihidang..





Agak senang juga buat masakan ni cuma kena pandai ejas la kemasaman kemanisan kepedasan dia tu. Tapi memang best. sebab kari pon pekat2 puas ati makan dengan udang.



















Selamat mencuba ya uolls...
TQ